Cara Membuat Topi Menuai Lebah Kelulut

Saya mendapati Heterotrigona itama adalah spesis lebah kelulut yang garang. Koloni ini lebih sukar untuk dituai madunya berbanding Geniotrigona thoracica.

Jadi perlu ada topi untuk mengelak kelulut menyerang terutamanya bahagian rambut. Kelulut itama biasanya menyerang di bahagian berwarna hitam terutamanya rambut. Pe,buatan topi seperti ini adalah penting agar proses menuai berjalan dengan lancar.

Cara Membuat Topi Menuai Lebah Kelulut

Alatan:

1. Benang
2. Jarum
3. Gunting
4. Lidi

Cara Membuat Topi Menuai Lebah Kelulut



Bahan-bahan:

1. Topi jerami (kedai hardware) [RM6.50]
2. Getah pinggang (kedai alatan jahit) [RM2.50/meter]
3. Jaring (kedai alatan menjahit) [RM0.60/meter]

Caranya:

1. Gunting jaring sepanjang 1 meter.

2. Lipat jaring dan jahit lipatan itu dengan benang sehingga siap

Cara Membuat Topi Menuai Lebah Kelulut

4. Ukur getah pinggang dengan topi jerami dan potong

Cara Membuat Topi Menuai Lebah Kelulut


5. Ikat hujung getah pinggang dengan lidi

6. Kemudian tolak lidi sampai hujung. Ini berfungsi sebagai penarik kepada getah pinggang.


7. Ikat getah pinggang

8. Jahit bahagian yang terbelah sehingga tertutup semua jaring.

Cara Membuat Topi Menuai Lebah Kelulut

Soalan:

Mengapa saya menggunakan jaring hitam dan bukannnya putih?

Jaring hitam memudahkan penglihatan semasa menuai. Jaring putih walaupun nampak seperti boleh menghindar serangan kelulut, ia akan menganggu penglihatan kita semasa menuai.


Share on Google Plus

About Izham

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Terima kasih tuan atas ilmu ini. Moga tak kena gigit oleh kelulut lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info di atas. Sudah dua kali percubaan saya membuat topping kelulut jenis Itama tidak menjadi kerana serangan ke atas saya.

    ReplyDelete
  3. Baccarat – definition in english - Wales - WLRione
    A งานออนไลน์ popular game in the game of Baccarat, Baccarat is a very popular game among gamblers. It is very 메리트 카지노 주소 popular with 바카라 gamblers worldwide

    ReplyDelete