Kenali Lebah Kelulut
Assalamualaikum semua.
Apa khabar? Bagi post pertama saya ingin bercerita sedikit tentang kelulut yang masih ramai tidak tahu.
Kelulut pada nama boleh terdiri daripada pokok mahupun nama tempat. Untuk itu orang Melayu letak nama lebah di awal kelulut menjadikan ia sebagai nama lebah kelulut.
Kelulut sama seperti lebah madu. Ia menghasilkan madu. Ya ada madu.
Walaupun saiznya sekecil lalat, ia masih mampu menghasilkan madu. Madunya berlainan rasa berbanding lebah madu. Ini menjadikan madu lebah kelulut unik.
Saiz yang kecil ini membuatkan kelulut paling sesuai menjadi agen pendebunga kepada pokok-pokok di Malaysia. Kebanyakan pokok hutan seperti cengal, meranti dan jati memerlukan kelulut sebagai agen pendebungaan.
Hebat bukan kelulut? Kini ia menjadi kegilaan ramai demi mendapatkan madunya yang seciput itu.
Tetapi ramai yang ingin menjadi guru bercerita tentang kelulut. Saya mengenali kelulut sejak tahun 2011. Ketika itu saya mengambil satu subjek bernama 'Apikultur'. Subjek yang mengajar tentang lebah madu. Ada juga pensyarah saya, Prof. Dr. Makdzir Mardan menyelit tentang kelulut di akhir minggu pengajaran.
Sejak itu saya mula mengenali dan mendalami tentang kelulut. Pelbagai orang telah saya jumpa. Masing-masing mempunyai ilmu mereka tersendiri. Saya kagum sama mereka.
Untuk itu saya tubuhkan satu blog khas untuk mencatat nota-nota yang telah saya belajar sepanjang saya mencari maksud kelulut. Selamat membaca semua.
0 comments:
Post a Comment