Mencipta Mesin Penyedut Madu Kelulut

Saya terfikir bagaimana nak mencipta mesin penyedut madu kelulut? Sebelum ini saya hanya menggunakan picagari. Agak susah, memakan masa dan memenatkan.

Akhirnya saya bertanya kepada pakar-pakar kelulut. Mereka mencadangkan menggunakan sahaja 'breast pump'. Apabila saya melihat harga di pasaran, paling murah pun RM200.

Nasib baik ada pakar yang mencadangkan beli di Tesco. Saya terjumpa satu yang berharga RM100 jenama Pureen.
Pam Susu Pureen

Sekarang perlu fikir bagaimana nak inovasi pam susu ini menjadi pam madu kelulut pula.

Saya tak boleh ubah kekuatan sedutan sebab memang sedia ada. Apa yang saya boleh bagi supaya senang sedut adalah dengan menggunakan tiub yang kecil. Lagi kecil tiub itu, lagi kuat kuasa sedutan.

Akhirnya saya membuat begini sahaja. Semuanya saya gunakan apa yang ada di dalam set pam susu Pureen ini.

Saya beli tiub dengan harga 1 meter RM0.90.

Nanti saya akan cuba cari lagi tiub yang berdiameter lebih kecil. Lebih kecil diameter, lebih tinggi kuasa sedutan. Itu sahajalah yang boleh diubahsuai kalau nak kuat sedut.

Untuk kecilkan tempat sedut, saya gunakan puting yang ada di dalam set. Sekarang saya sedang mencari bahan lain pula yang boleh digunakan agar dapat menyumbat lubang sedut asal Pureen yang besar ini.

Bahan:

1. Mesin pam susu Pureen (beli di Tesco) [RM100]
2. Tiub (beli di akuarium) [RM0.90/meter]
3. Bateri AA

Langkah:

1. Potong sedikit hujung puting susu plastik dengan gunting. Ini agar muncung boleh masuk.
2. Masukkan muncung dari arah depan puting.
3. Letakkan puting secara terbalik pada corong pam.
4. Mulakan dengan sedut perlahan dan kemudian tingkatkan sedikit demi sedikit.
5. Uji pada air dahulu.

Mesin Penyedut Madu Kelulut
Set mesin penyedut madu kelulut.

Puting susu dipotong sedikit.

Kemudian puting susu dimasukkan dengan penyedut.

Mesin Sedut Madu kelulut
Penyedut disambung dengan paip.

Moga panduan ini membantu bagi sesiapa yang hendak membuat mesin penyedut madu kelulut DIY.
Share on Google Plus

About Izham

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment